March 27, 2012

little stars 1


Jari jemari aku jadi lenguh bila mengangkat barang2 sukan tadi. Letih dia sampai ke malam tak hilang.  Nasib baik lah dalam class prep neyh pun tak banyak kerja. Boleh lah aku berehat. Budak yang lain khusyuk jep siapkan kerja sekolah diorang. Aku pun apa lagi. Bila dah takde kerja neyh, merayap lah gaya yew. 

Aku berjalan menuju ke class 3 Beta. Dah lah jauh. Untung lah aku larat nak naik tangga neyh segala. Aku nak ajak Deena pergi merayap waktu prep neyh. Waktu neyh, warden tak ada sangat pun.

“Oitt Deena. Jom keluar. Aku bosan lah,”

“Dyan, kejap lah dulu. Meyh masuk. Kerja sejarah aku tak siap lagi neyh. Nak kena siapkan dulu. Esok Cik Zainon nak tengok. Kau masuk lah dalam dulu,”

Budak neyh, nak tunggu dia buat kerja sekolah lagi memang satu hal lah. Kalau dia laju buat kerja uh, takpe lah jugak. Neyh lambat macam lipas kudung. Erk, betul ke peribahasa aku neyh. Hentam saja lah. 

Tunggu Deena buat kerja sekolah, aku merayap berjalan kat perpustakaan. Masuk sana kejap. Maklum lah, malam pun bukak, sebab sekolah tahu budak kat sini ulat buku. Aku duduk kat meja paling hujung sekali. Aku pun cari lah buku cerita favourite aku. The Red Riding Hood. Hahaha. Aku suka baca buku mcam neyh jep. Nak baca buku yang lain neyh, buat kepala aku pening lah. Tambah lagi waktu malam. 

“Hyep akak. Datang library sorang jep ke?” tegur satu suara. Siapa lah pulak yang menegur neyh. Naik sejuk bulu roma aku. Aku pun usha lah belakang. 

Pergh, siapa pulak minah neyh. Aku tak kenal dia pun. Macam mana dia boleh nak tegur aku pulak. Kusut. Dengan lemah, aku pun balas lah “Akak datang sorang jep. Adik neyh siapa eak? Tak kenal lah,”

“Memang lah akak tak kenal. Adik kan baru daftar seminggu kat sini. Adik budak form 1 second intake. Nama adik Lynn. Nama akak?”

“Panggil akak Dyan jep. Lagi satu, tak payah nak panggil aku akak. Geli lah aku,”

“Akak class mana eh? Lynn tak pernah nampak akak pun kat blok neyh,”

“Kau neyh, tanya class aku pulak. Aku 3 Gamma. Class hujung makmal sains uh. Kat sana lah class aku. Sebab uh la kau tak nampak. Aku kan tak pandai,”

“Akak tak baik taw cakap macam uh. Semua orang sama jep lah,”

“Dyan, jom blah weyh. Kerja aku dah siap dah,” jerit Deena dari luar library. Mangkuk minah neyh. Ada ke patut dia buat bising. Nasib baik malam neyh giliran perempuan. Kalau tidak, memang kena ketuk la dengan Azhar, si budak mata empat uh. 

Aku dengan Deena, macam biasa. Malam2, waktu prep, kitowunk suka merayap pergi tawaf satu sekolah. Bukan apa. Sekadar nak cuci mata and tengok budak2 lain kat dalam class prep. Kalau ada warden, kitowunk tak lepak canteen. Kebiasaan, kat sana lah aku selalu lepak dengan dia. 

“Deena, bak sini RM2. Aku nak beli mee kari lah. Lapar pulak perut aku lepas bersukan siang tadi,”

“Kau neyh kan Dyan, makan jep kan kau tahu. Kan balik nanti nak makan kat dewan makan. Sabar lah sikit. Aku tengah pokai neyh,”

“Weyh, kau nampak tak budak yang tegur aku kat library uh?”

“Budak mana neyh Dyan? Aku tak nampak pun kau sembang dengan orang tadi,”

“Ada. Yang kat belakang aku uh. Dia pandang aku semacam lah Deena. Aku rasa mesti dia suka kat aku. Sebab tadi dia pegang tangan aku,”

“Kau biar betul. Hurm, ramai giler scandal kau neyh minah. Bagi lah kat aku satu. Asyik kau jep dapat. Mana dia kenal dengan kau?” soal Deena dengan sedikit nada tinggi. Dia sakit hati la uh.
“Huh? A’ah lah. Aku terlupa nak tanya tadi. Biarkan jep lah. Not important pun,”

“Kau jangan sampai warden tahu pasal kau neyh. Kalau dia tahu, bukan kau jep yang kena, aku pun kena sekali taw,”

“Aku tahu lah Deena. Kau cool jep kay. Aku boleh handle masalah neyh,”

Malam uh, aku dengan Deena balik prep awal. Kitowunk nak makan biskut kat dining. Hahahha. Malam macam neyh layan biskut dengan milo panas memang giler lah. Sedap.

Sampai jep pintu bilik, junior aku kata, aku dapat surat. Siapa bagi surat kat aku neyh. Adoi. Selalu sangat macam neyh. Aku stress lah nak layan perangai diorang. 

Dear Dyan,
Malam neyh saya nak jumpa awak kat tangga hujung aras 3. Pukul 12. Saya akan tunggu awak sampai awak datang. Jumpa nanti.

Pergh, ringkas dan bermakna surat budak neyh. Tulis pulak atas kertas merah. Dah serupa orang bercinta aku tengok. Aku pun letak surat uh kat atas katil. Malas nak jumpa minah neyh sorang. Aku ajak lah Deena sekali. 

Aku dengan pantas yew menukar baju and short. Aku pergi dorm Deena yang selang satu dorm dari aku. Kosong jep dorm dia neyh. Alamak, baru aku teringat. Malam neyh dorm dia kena bersihkan surau. Jadi balik lambat sikit. Aku pun dengan malas yew pergi ke tangga hujung. Lagi 5 minit jep nak pukul 12. 

Ramai pulak budak yang study kat bilik study malam neyh. Rajin. Kalau aku, memang tak sanggup lah. Aku lebih pentingkan tidur dari stay up. Mahu lebam mata esok kalau stay up memanjang. Takde kelibat manusia pun kat tangga hujung neyh. Budak neyh kalau tipu aku, memang aku cari dia sampai dapat. 

“Hye Dyan,” kedengaran satu suara menegur aku. Macam pernah dengar jep suara neyh. Aku pusing belakang and ternampak dia. Budak yang sama aku nampak kat library. 

“Jadi, awak lah yang hantar surat kat saya neyh? Kenapa nak jumpa? Ada benda penting ke?”

“Dyan, saya nak jadi adik angkat awak, boleh?”

“Huh? Adik angkat lagi? Hurm, yelah. Kau jadi jep lah adik angkat aku. Aku tak kisah pun,”

“Boleh tak malam neyh saya nak tidur dorm awak?”

“Kau nak buat apa? Kau kan ada dorm sendiri. Adoy. Kau tidur lah kat dorm kau. Lagi luas,”

Susah betul aku jadi popular kat sekolah neyh. Ramai betul adik angkat aku, and ramai jugak lah musuh aku. Yang bermusuh uh, sebab dowunk cemburu tengok aku popular. Hahahaha. 
Balik jep dorm, aku tengok Deena dah tercongok kat depan pintu dorm aku. Dengan short and sleeveless dia uh. Budak neyh, suka sangat nak melawan tauke. Nak lagi kacak dari aku la uh. 

Dalam asrama puteri neyh, aku dengan Deena la budak paling top and diminati ramai junior. Tengok jep lah kat appearance kitowunk. Aku dengan dia memang rambut pendek. Dari dulu lagi. Warden pun pernah nampak. Dia tak bising. Jadi kitowunk buat bodoh. Sebenarnya, budak perempuan tak boleh berambut pendek. Kalau tak, nanti kena marah. Aku tak tahu apa masalah sekolah neyh sebenar yew. Rambut pendek pun salah. Pelik betul lah. 

“Kau pergi mana tadi babe? Kenapa monyok jep muka kau uh? Ada budak cari gaduh dengan kau lagi ke?” soal dia bersahaja sambil membuka loker aku. Lantas tangan dia laju mengambil biskut stok aku. Hampeh punya Deena. Makanan aku jugak dia nak kebas. 

“Aku jumpa budak Lynn uh. Ada ke patut dia nak tidur kat dorm aku neyh. Aku suruh dia balik dorm dia. Apa yang dia nak pun aku tak tahu lah,” jawabku malas. 

“Kau jangan layan budak macam uh babe. Aku taw dia nak apa. Dia suka kat kau la uh. Tambah tengok kau mcam neyh. Siapa yang tak nak. Aku pun nak. Dah lah kacak, kaya pulak uh,”

“Kau gila apa Deena. Aku bukan budak macam uh la. Kau neyh gila ke apa. Tolong lah,”

Kadang2, aku rasa apa yang Deena cakap memang betul. Sebab ramai sangat yang menghantar surat kat aku. Surat cinta uh penuh satu kotak. Aku sediakan satu kotak khas untuk simpan surat2 diowunk uh. Bukan junior jep bagi. Senior pun ada. Kadang2, aku terfikir jugak benda yang Deena cakapkan neyh. Hurm.




No comments: